Followers

10 May 2010

Rupa monyet, badan kucing


PASIR GUDANG: Seorang guru di Bandar Seri Alam di sini, percaya menemui haiwan pelik yang mempunyai rupa seakan monyet, tetapi badan seperti seekor kucing dengan panjang keseluruhan kira-kira 30 sentimeter, di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2, pagi semalam.

Haiwan berkenaan mempunyai ekor yang agak panjang namun jari kaki dan tangannya seperti jari monyet, mempunyai bulu panjang menutupi sebahagian besar telinga dan mengeluarkan bunyi pelik sekiranya diganggu.


Abdul Halim Abdul Ghani, 35, berkata haiwan berkenaan ditemui bersama pengusaha kantin sekolah sebaik mendengar anjing menyalak di belakang kawasan kantin.


Menurutnya, dia bersama pengusaha kantin bergegas ke lokasi sebelum menemui seekor ‘monyet’ yang cedera kaki kanan dipercayai akibat gigitan sekumpulan anjing.


“Saya terus menangkap haiwan berkenaan dan memasukkannya ke dalam sangkar kerana kasihankannya yang cedera ketika itu.


“Malah, saya sendiri merawat haiwan itu serta memeliharanya buat sementara waktu dan bercadang menghantar haiwan ini ke pihak bertanggungjawab dalam tempoh terdekat.


“Saya tidak mahu memelihara haiwan ini kerana pasti ia haiwan larangan,” katanya.


Menurutnya, haiwan itu jinak dan gemar memakan epal, anggur dan mentimun namun enggan memakan pisang seperti monyet biasa.


“Saya pernah memberinya pisang, tetapi ia tidak mahu makan. Bimbang ia mati kelaparan, saya kemudiannya memberikan epal, anggur dan mentimun sebelum ia menghabiskannya.

“Keadaan itu meyakinkan saya ia bukannya monyet, sebaliknya haiwan yang tidak pernah ditemui sebelum ini,” katanya.


Menurutnya, keluarganya ingin membela haiwan berkenaan namun dia khuatir ia menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

sumber : Metro

Riz : Haiwan apa nie..?ker dah kena mutasi dari bahan2 toksin ataupon kajian prof yang sewel hehehe...

33 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

epal dan anggur lebih mahal..demand kot...heheh..tp mmg pelik..mcm2 bnda plik jumpa akhir zaman ni kan

Pendekar melayu said...

muncing

kunyet

hahaha

bH said...

kacukan?

nazz said...

giler ngeri...monyet bantai kucing la ni..

meorazor said...

nak identify pun susah ni.kne amek dna die baru leh..

anta mende ni kat jbtn Zoology Um.haha

zulkbo said...

salam ritz
memang pelek
confirm..monyet
belasah mak kucing
he he..

Arisa Mihashi said...

kacukan kot.kesian plak tgk binatang ni.

YuSeNzE - KniGhT said...

aha~~~ "kunyet" agaknye...
ternyata kita hidup di akhir zaman...
ish3... insaf jap.. (-_-")

Aidi-Safuan said...

mak aih. da macam dalam movie la plak

si karut said...

hahah, kucen tu mesti sesat dlm pot monyet.. ape lg.. kene balun ar.. hahah~

Anonymous said...

ayoo korang.. ni marmoset monkey la.. spesis monyet kat amerika selatan.. ni mesti exotic pet yg terlepas dri tuan dia ni.. ni kat zoo negara pun ade la.. cikgu yg jumpa nate ni klu ye pun tatau refer la dlu kat perhilitan ke jabatan haiwan ke sblm kuar statement kat paper.. menunjukkan dr tuh cetek pengetahuan.. x pun apa susah google je.. bdk tadika pun bleh buat.. kpd kwn2 sila search kat google marmoset monkey ok! kisah ni mengingatkan aku kisah bdk terjumpa ikan aneh berkepala buaya yg org kecoh2 kuar kat metro dlu.. padahal aligator gar.. kedai ikan ade jual.. sedih kan.. ade internet tak nak guna..

Long Haffiz Long Hassan said...

banyak tul benda peliuk di malaysia sekarang eh

Mr.A said...

mak dia kucing ,bapak dia monyet.korang bayangkan je la mcm mna.haha

fathiahRAIHANA said...

pndai ckgu tuh cr publisiti . haha

zac zirwan said...

uisk..ni kire mix la nih..

NiNa' said...

kasihannn kan dah kena tangkap dengan manusiaa..huhu

rizputra7 said...

Nur Hawa Mohd Zin : haiwan golongan bangsawan nie...hehehe

rizputra7 said...

Pendekar melayu : hahaha siap bagi nama lagi ...

rizputra7 said...

bH : mybe

rizputra7 said...

nazz : hehe...mana ler kita tahu kan...betul ler agaknya hehehe

rizputra7 said...

meorazor : mesti diaorg buat kajian nie..yg pelik takkan seekor jer..mesti ada geng lagi nie

rizputra7 said...

zulkbo : wsalam bro...hehe no komen...

rizputra7 said...

Arisa Mihashi : ye kot...jenis macam pan asia hehehe

rizputra7 said...

YuSeNzE : mungkin juga..sekarang nie dah macam2 muncul

rizputra7 said...

Aidi-Safuan : cerita movie yg mana satu..

rizputra7 said...

si karut :cinta monyet kot...hehehe

rizputra7 said...

Anonymous : oh yer ker..nanti saya check

rizputra7 said...

Long Haffiz Long Hassan : yup..macam2 ada

rizputra7 said...

Mr.A : tak boleh nak bayang apa2

rizputra7 said...

fathiahRAIHANA : biasa ler nak glamer masuk paper hehe

rizputra7 said...

zac zirwan : yup mix...kira macam pan asia kot hehehe

rizputra7 said...

NiNa' : hehehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

hah mgkin jugak..cam wukong...hahahah..tp mcm mane haiwan tu skunk ek? ada baka tak ek?