POSITANO, Itali - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Shelley Anne Duncan, 48, sanggup mati demi memastikan anak lelakinya, Shane yang berumur 12 tahun selamat selepas mereka dihanyutkan ombak besar di tepi pantai di sini pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman detik-detik cemas itu disiarkan oleh beberapa laman web Itali setelah seorang lelaki Brazil merakamkan insiden tersebut menerusi telefon bimbit berkamera.
Selepas dihanyutkan ombak besar, si ibu menolak anaknya ke arah beberapa nelayan tempatan yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan mereka.
Namun, si ibu ditolak jauh oleh ombak besar.
Si ibu itu kemudian berjaya diselamatkan oleh pejalan kaki di tepi pantai dengan menariknya ke pantai tetapi dia kemudian meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak lelakinya dirawat di sebuah hospital kerana diselubungi perasaan terkejut sebelum dia dibenarkan keluar. - Agensi
Riz : Kasih sayang seorang Ibu
20 comments:
sesungguhnya kasih sayang ibu terhadap anaknya tidak dapat dijual beli....
ermm, bukti kasih ibu trhadap anaknyer,,,syahdu nyerrrrrrrrr
salam ziarah petang
moga kita selalu sihat
dan di rahmati Allah
kasih ibu bawa ke syurga
huhuhu~
jasa ibu memang tidak terbalas~
betul tu, tapi masih ada ibu yang suka membunuh anak sendiri, mana martabatnya sebagai seorang ibu menghilang?
sedihnyer bace.. trus t'ingat kt mak...
riz...ruang chat tak de ek? cam dah tukr je blog ni..nice...suke warnanya..
ibu sanggup mati untuk anak...anak tak taw ag
sedihnye.. seorg ibu mmg sanggup buat ape sj untuk anak, tapi anak?
itu la kasih seorang ibu...sanggup korbankan diri sendiri utk anak tersayang...
Sang Pencari Konklusi : betul tue...
nano : yup..memang syaduh bila tgk video nie
zulkbo : itu betul...kasih ibu hingga ke syurga
LORD ZARA : betul2..
akuvision : itu ibu yang tak merela melahirkan anak...
Ann : kalu rindu call ler yer...
Nur Hawa Mohd Zin : ada2...tgh ubah suai lagi nie..hehe
hanaKir@ : hurm...betul2...
Nur -al- Ain : anak pon sanggup korban untuk ibu dia...itupon kalu anak yg solehah
belalang hijau : betul2...
Post a Comment