Followers

05 July 2010

Rona Di Danau Hati versi DEEPFACE




Rona Di Danau Hati penganjuran sebuah kontes yang bertemakan "Penulisan Kreatif"daripada saudara yus.

P/s : aku tak reti tulis..hehehe

_____________________________________________




21/5/2010
0900AM

Kawasan perumahan Damasara


Atikah menyapu peluh di dahi dengan belakang tangannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri pintu pagar rumah sambil tercungap-cungap. Sudah menjadi rutin pada hujung minggu dia akan keluar berjoging. Selalunya dia ditemani oleh rakan serumah, tetapi hari ini dia melakukan aktiviti itu berseorangan berikutan rakannya itu pulang ke kampung. Peti surat diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghela nafas sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruangtamu. Satu persatu kepingan surat yang berada di tangannya diteliti. Matanya tertumpu pada sampul surat berbunga dengan setem tertera tulisan London. Dengan jelas tertulis namanya sebagai penerima. Dengan penuh rasa teruja dia membuka sampul surat berkenaan.


****************************************************************
Assalamualaikum…
Tatkala dikau membaca isi kandungan warkah ini, diriku sudah bergelar seorang suami. Tidak perlu lagi aku meneruskan coretan. Hanya sekeping foto pengganti diri sebagai bukti. Hanya kemaafan kupohon darimu. Kuharap kau mengerti.


Yang benar,

Shahrizal


*******************************************************************

Matanya kian berkaca saat merenung gambar persandingan seorang lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya bersama wanita lain. Dia bingkas menuju ke arah bilik. Berdentum pintu bilik saat dia menutupnya. Dia duduk sambil memeluk tubuh di penjuru sudut bilik kecil itu. Mata dipejamkan sambil dia merapatkan dahi ke lutut. Tidak tertahan lagi perasaannya. Berlinangan airmata seperti tidak mahu berhenti. Bercucuran. Ternyata sekeping nota ringkas yang baru dibaca itu benar-benar telah melukakan sekeping hati yang ampuh. Sekeping gambar yang tadinya berkeadaan sempurna kini bertaburan di atas lantai. Bersepah dicarik-carik oleh Atikah dengan segumpal perasaan amarah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Bercampur-baur sentimen yang dirasai olehnya. Adakah dia hanya perlu akur dengan kekecewaan ini dan menutup segenap ruang hatinya dari perasaan cinta atau mungkinkah suara gemersik sang kekasih bisa bergema kembali.

___________________________________________________

15/07/2010
0130PM

Sekolah Menengah Damansara


Krinnggg!!!!..Loceng besar sekolah berbunyi lantang memecahkan ketenangan seluruh kawasan di sekitarnya. Sebentar kemudian seluruh sekolah menjadi kecoh dengan murid-murid yang hendak pulang.

“Ieqa..ieqa..awat ngan hang nie?...”Tanya cikgu siti yang agak kebingungan melihat sikap Atikah sejak akhir-akhir ini..

“eh..cikgu siti rupanya..bila masa ko ada kat depan aku nie...?"

“hurm..kenapalah dengan ko nie ieqa...sejak akhir-akhir nie aku tengok hang macam tak ada semangat jer...cuba ler ko beritahu aku...mana ler tahu kot-kot aku boleh tolong hang ringankan beban tue....”Siti memandang lembut wajah Atikah yang kelihatan sayu

Atikah kembali diam seribu bahasa.

“Ieqa!!..” Nada siti kali ini agak kuat mungkin ingin mengejutkan kawan baiknya yang tengah mengelamun entah ke mana..

Atikah sekali lagi tersentak dari lamunan.

“Kat umah nanti ler yer...” Atikah menjawab..


0945PM
Rumah sewa Atikah (Damansara)




Tok!..Tok!!!..pintu bilik Atikah diketuk beberapa kali..disebalik muka pintu jelas kelihatan kepala siti mendongak masuk kebilik Atikah..

“Ieqa..boleh aku masuk”

“ye..masuk ler siti..macam tak biasa pulak..”

Siti berjalan masuk dengan tersipu-sipu lalu melabuhkan punggungnya perlahan diatas katil.

“ieqa..tadi kat sekolah ko dah janji nak cerita semua masalah ko kat aku kan..?” Tanya Siti untuk memulakan perbualan dengan sahabat baiknya itu....

“ye...” Atikah menjawab dengan ringkas.

Atikah membuka laci meja.Laci yang paling bawah ditariknya perlahan-lahan. Di situlah segala barang-barang pemberian Riz disimpan. Dia tidak pernah menyangka lelaki sebaik Riz boleh berubah hati sekelip mata. Namun, dia tahu dia tiada pilihan lain..Takdir Tuhan, tidak ada siapa yang dapat menyangkal.. kelihatan ditangan dia ada sepucuk surat lalu diserahkan kepada siti..

“nah..ko baca ler..”

Siti membuka sampul surat itu yang penuh dengan segala rahsia mengenai Atikah selama ini... didalam sampul itu kelihatan sekeping nota dan cebisan-cebisan gambar yang telah hancur.Perasaan siti tiba-tiba berubah menjadi sayu..kini baru dia mengerti akan kesedihan yang dialami sahabatnya itu..

“Ieqa..aku harap ko tabah dengan Ujian Allah nie..” Kata Siti sambil memeluk tubuh sahabatnya...

______________________________________________________

Enam Bulan Kemudian.
0825PM

Rumah sewa Atikah (Damansara)


Bintang Malam nyanyikan lagu Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi


Bunyi Ringtone lagu Khatimah cinta dari nyanyian 6ixth sense membuatkan iphone milik Atikah bergegar diatas meja tulis dengan lantas dia melihat skrin iphone miliknya jelas kelihatan nombor pemanggil yang tidak dikenali.

“siapa pulak yang call aku nie..?” Bisik hati kecik Atikah

“Hello..” Sapa Atikah

“Assalamualaikum..ini Atikah binti osman ker?”

“Waalaikumussalam...ye..saya Atikah...awak nie siapa yer?.”

“Nama saya Nurul..boleh saya jumpa awak sekejap..”

“erk..nak jumpa saya...Kenapa yer? Tanya atikah yang kebingungan

“saya ada bungkusan penting untuk awak..boleh kita berjumpa dimana-mana..?”

“Bungkusan penting??” Tanya atikah yang agak terkejut

“Ya..hurm...Boleh kita jumpa esok kat Starbucks kat Mid Valley jam 5petang.boleh?...”

“Ok....saya jumpa awak kat sana ...”

“Ok..Thanks...bye..


Talian telefon telah diputuskan tetapi fikiran atikah masih memikirkan perkara yang berlaku sebentar tadi.

Keesokkan harinya
0510PM
Starbucks Bukit Bintang




Kelihatan atikah sedang menyedut air minuman “ice caramel mocha” dengan penuh nikmat sekali..Tiba-tiba Iphone milik atikah berbunyi “U have a new message”

*********************************************************************

Salam atikah..Sorry sebab terlewat boleh awak tunggu sekejap sebab sekarang nie jalan sesak.. (Nurul)

*********************************************************************

“Hurm..jalan sesak rupanya..” Bisik Hati Atikah...

*********************************************************************
OK...
**********************************************************************

Atikah melihat suasana pemandangan di luar starbucks yang sungguh tenang sekali.Bibirnya mengukir senyuman, wajahnya berseri-seri indah sekali mungkin ada kenangan manis yang cuba diingatinya.

“Awak Atikah binti osman?”

Terkejut dengan pertanyaan itu membuat Atikah mendongakkan kepalanya

“Ya..saya Ati…..” Belum sempat menjawab pertanyaan itu..Atikah seolah-olah terkejut dengan orang yang dihadapannya

“A..awak nie isteri shahrizal kan?”

“Isteri?..eh..saya bukan isteri arwah abang Riz..saya nurul,adik sepupu arwah abang Riz..”

“Arwah??” Atikah tersentak seketika

“ya..Abang Riz dah lama meninggal..sudah empat tahun Abang shah meninggal disebabkan barah hati”

Atikah bagaikan mahu pitam. Hampir-hampir dia jatuh terduduk. Mujurlah Nurul pantas memaut tubuhnya.

“Atikah….awak ok..?” Tanya Nurul sambil menarik kerusi untuk atikah

“Sebenarnya..Abang Riz tak nak susahkan sesiapa..malah disaat abang riz menghembuskan nafas terakhir barulah kami sekeluarga tahu mengenai penyakit yang dialami Abang Riz..”


“sudah lama saya mencari atikah baru sekarang dapat berjumpa…arwah abang shah suruh saya menyerahkan benda ini kat awak”.

“Nurul…!!!”

Nurul menoleh ke belakang sambil melambaikan tangan ke arah pemanggil itu.

Hurm.oklah atikah…suami saya sudah panggil tue..nanti kalau ada apa-apa ..awak call saya ye..” Ucap Nurul sambil memeluk tubuh Atikah

Wajah Atikah jelas sekali kelihatan muram dan ada kesan air mata mengalir di pipinya.Dia melangkah dengan longlai menuju ke arah kereta dan menutup pintu dengan sekuat hati..Kali ini dia tidak dapat menahan perasaan terlalu hiba..ditangan atikah masih memenggang sampul surat yang tertera namanya.Dia membuka sampul itu sambil mengesat air mata.Didalam sampul itu terdapat CD lagu yang tertulis “Ku ingin selamanya (MP3)” dan sekeping nota. Atikah memasukkan CD tersebut kedalam "Player MP3" dan membaca nota yang ditulis oleh Riz.

sila klik butang PLAY


****************************************************************************
Assalamualaikum…

Atikah....Saat awak membaca surat ini mungkin aku sudah tiada didunia ini...maafkan aku kerana merahsiakan perkara ini..
Percayalah..bukan mudah untuk aku merahsiakan perkara ini....
Sekali lagi aku memohon maaf jika ada salah silap aku sepanjang perhubungan kita. Lagu ini aku ciptakan khas untuk awak untuk membuktikan bahawa aku mencintai mu sehingga akhir hayat ini.

Yang mencintaimu selamanya,

Shahrizal

****************************************************************************


______________________________________________

Seminggu kemudian... 1026AM
Rumah sewa Atikah (Damansara)


Atikah terbaring disofa selepas pulang dari tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.Dia menarik nafas lalu menghebuskannya kembali.Tiba-tiba iphone milik Atikah bergegar dengan kuatnya diatas meja dengan pantas dia mengangkatnya.


“hello..ini Atikah ya.?”

“Ya..saya..nie sapa yer?”

“Aku pasha dari Indonesia”

“Pasha?..maaf saya tak kenal awak.!!!”

“Aku Pasha dari kumpulan ungu..begini atikah..sebenarnya aku bersahabat baik dengan arwah Riz..Kami kerap membuat persembahan bersama-sama jika aku ada di London..Aku pernah dengar lagu “Ku Ingin Selamanya” ciptaan arwah dan aku berminat untuk menyanyi lagu ini...tapi..kata arwah...aku harus memohon izin dari atikah dahulu...Sekarang aku mohon izin untuk menyanyikan lagu ini bersama kamu..”

Atikah masih diam membisu..


Beberapa Bulan kemudian





- TAMAT -

9 comments:

ayunda maajis said...

oitt..kisah benar ke hape ni? jantung aku berdebar kencang ko tau..cis

NiNa' said...

cian abg riz erk..

good luck bro!!....

hehehe

Miro Armyrule said...

fulamak..citer ko..kalah drama sinetron nih...terbaek

ieQa sWetLuv said...

sedey sungguh menyayat hati bile baca.. tapi persoalannya..apesai nama dia atikah dipanggil ieqa?? awat x panggil ieka jerk?? konpius sungguh huk3




apa pun ika bagi 4 bintang okies ngee =)

Anonymous said...

Lelaki memang macam tu kan.. suka menyakiti dan terus menyakiti.. dia rasa apa yang dia buat tu dah terbaik untuk dia, tapi dia ingat apa yang dia buat tu baik untuk orang lain juga ker..?

dah la dia hancurkan hati atikah dgn gambar pic konon2 kahwin, pastu hati atikah lebih hancur bila dia tahu shahrizal tak nak btau dia tentang sakit dan kematiannya.. maknanya atikah tu tak penting lah dalam hidup dia kan..?

Lelaki memang suka pandang remeh pada hati dan perasaan perempuan, event perempuan yang konon dikasihinya sekali pun..

~Cik Sara~ said...

boleh jual kat tv3 ni..tkpun astro..ganti sinetron..takpun akasia..berdebar baca

YuSeNzE - KniGhT said...

Sori bro... aku baru sempat nak usha...
ok2... thanx menyapot aku... hehhe...
tapi pengadila terletak di tangan juri yang telah dilantik... Aku da masuk dalam senarai...

s h e e said...

riz ni memang sgt berbakat buat2 cite ni...hehe...besh la...5 bintang...cedeyh2...

PiNk ButTeRfLy said...

hahahaha..

lawak gile la cite ni.

boleh lak last2 pasha nak ajak nyanyi same, terpengaruh sinetron ke ape ni?

neway, good luck. =)