Followers

04 May 2010

Spiderman tangkap pencuri komik


ADELAIDE - Seorang pencuri di Australia ditangkap oleh seorang pemilik kedai yang memakai pakaian Spiderman di kedai komiknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada Sabtu lalu semasa pemilik sebuah kedai itu, Michael Baulderstone, 45, menganjurkan sambutan Hari Komik Antarabangsa di kedainya.


Sempena dengan sambutan itu, seramai 40 orang memakai kostum pelbagai watak komik di kedai Baulderstone.

Namun, pemilik kedai itu yang memakai kostum Spiderman melihat gelagat seorang lelaki yang membawa sebuah beg dalam keadaan mencurigakan.

Dia kemudian memerhati gelagat pencuri itu sebelum menangkapnya dengan bantuan seorang tetamu yang memakai kostum Jedi Knight iaitu watak dalam filem Star Wars dan seorang lagi tetamu yang memakai pakaian watak Flash dalam filem The Flash.

Pencuri itu didapati mencuri senaskhah buku komik X-Men Omnibus yang berharga A$160 (RM475).

Semasa Spiderman itu bergelut dengan pencuri, dia menjerit meminta bantuan daripada tetamu supaya menutup setiap laluan menyebabkan Jedi Knight dan The Flash berdiri di pintu keluar.

Ramai tetamu menyangka kejadian itu sebagai satu permainan sebelum mereka menyedari ia merupakan kejadian sebenar apabila Spiderman meminta supaya polis dihubungi. - Agensi


Sumber : kosmo







Riz : Hebat...aku pon nak try jadi Gaban ler kalu macam nie...hohoho

16 comments:

Mrs Nurul said...

hebat gile beliau ni

Cipina said...

hahah..

Nur Hawa Mohd Zin said...

jd Ben 10 ok tak> heheheh

Belalang hijau Perisik said...

seb bek belalang takde situ...
klu x dah tentu belalang yang akan tangkap dia and spiderman tuh akan sorak tuk belalang...
(ayat perasan)

wakaka...

s h a said...

haih...tu la...lenkali xyah pakai2 contume ni...kan da ade musuh dalam costume...
erk...peribahasa baru...hahah...

KSS said...

hahaha... aku, nak pakai kostum HULK laa... Mr Green... sape berani nk curik...? hahaha

rizputra7 said...

░♥si lampu neon♥░ : memang hebat hehe

rizputra7 said...

Fina Fento : hehehe

rizputra7 said...

Nur Hawa Mohd Zin : Ben 10 yg boleh tukar jadi raksasa tue ker?

rizputra7 said...

belalang hijau : bro belalang nak jadi belalang tempur ker?

rizputra7 said...

s h e e : hehehe...siap ada peribahasa komik lagi tue..

rizputra7 said...

Kamaluddine : kalu HULK mesti kedai tue hancur hahaha

Nur Hawa Mohd Zin said...

ha'ah...hehehhe

rizputra7 said...

Nur Hawa Mohd Zin : hehehe..seronok jadi raksasa yer..

Nur Hawa Mohd Zin said...

heheh...seronok sebab leh jd raksasa baik..ni bile raksasa jerk..kata jahat..huhu

rizputra7 said...

Nur Hawa Mohd Zin : oh...nie nak jadi pembela raksasa ler yer hehehe..bagus2