Followers

07 May 2010

Pakar tafsir Saudi tawar ijazah tafsir mimpi

RIYADH: Seorang pakar tafsir mimpi menawarkan pengajian peringkat ijazah sehingga kedoktoran dalam bidang itu jika rancangannya itu mendapat kebenaran tidak lama lagi.

Yusuf al-Harthy yang terkenal di Arab Saudi berkata, dia bercadang menubuhkan institusi khusus dalam bidang itu di sebuah universiti di negaranya.


“Bidang penafsiran mimpi adalah satu kaedah kaunseling untuk seseorang,” katanya seperti dilaporkan akhbar harian di Arab Saudi, al-Hayat, semalam.


Ketika ini, Yusuf berkongsi ilmu itu melalui laman web yang dikendalikannya secara persendirian.


Dia yang sering menjadi tetamu dalam rancangan radio dan televisyen juga tidak bersetuju dengan pandangan kerajaan bahawa ilmu itu tidak boleh diajar secara saintifik kepada sesiapa.


Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi berkata, kemampuan seseorang menafsir mimpi adalah anugerah semula jadi. - AFP

Sumber : Metro



Riz : kalu korang nak belajar dalam Bidang penafsiran mimpi nie...tak perlu ler nak pergi sampai ke Arab saudi...sebab kat malaysia nie ada seorang jer yang amat pakar dalam tafsiran mimpi nie.....Atok poyo ituler gelaran yang diberikan...beliau memang terkenal dikalangan pengguna Facebook dimalaysia kerana kepakaran beliau dalam bidang penafsiran sifat manusia....

P/s : Atok memang poyo hahaha....

4 comments:

zulkbo said...

salam..
hebat..
ada ke sampai begitu?
dunia2 macam2

asmaria said...

tafsir mimpi bloeh, dalam Islam memang ada ilmu tafsir mimpi,jangan sampai keluar dari landasan sudah

http://edarannama.blogspot.com

rizputra7 said...

zulkbo : arab saudi nak buat..kiranya macam ada ler tue..

rizputra7 said...

asmaria : yup..betul2..