Followers

25 April 2010

Salam kenalan

Terima kasih Abang Gaban aka Riz kerana telah memperkenalkan Sakura kepada member-member blogger Abang Gaban. Hari ini Sakura nak bercerita mengenai cinta monyet, sebenarnya kisah pelajar tingkatan dua yang cuba hendak membunuh diri di Kangar tu pernah terjadi pada rakan aku.

Dia cuba hendak membunuh diri dengan menelan berpuluh-puluh pil ubat kerana kecewa dengan boyfriend dia. Aksi nekadnya hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa. Nasib baik junior yang satu bilik dengannya bertindak pantas dengan menghubungi warden asrama yang kemudiannya membawa dia ke hospital.

Sakura dan rakan-rakan yang lain amat terkejut apabila mendapat berita tersebut, kerana rakan aku itu terkenal dengan sikapnya yang lemah-lembut, bertudung litup dan baik hati. Ibu-bapanya pula terpaksa bersusah-payah datang daripada jauh untuk menjaganya. Nasib baiklah umurnya masih panjang dan kali terakhir Sakura mendengar berita dia telahpun berkahwin dengan boyfriendnya itu. (Macam dalam cerita Hindustan pulakkan) Harapan Sakura semoga rakan Sakura itu berbahagia.

Tetapi sehingga sekarang Sakura masih berfikir kenapa dia mengambil jalan mudah untuk membunuh diri seolah-olah sudah tiada hari esok untuknya. So, fikir-fikirkanlah... Kumbang bukan seekor, bunga bukannya sekuntum.





2 comments:

rizputra7 said...

alamak...dah ada nama baru pulak...hehehe..bukan Gaban ler...tapi rizputra ler...hurm...kenapa ler orang2 macam nie tak sayang nyawa...pasal tue pon nak bunuh diri

Sakura said...

riz : hehe gurau jer..jangan marah yer..