Followers

30 April 2010

Mengapa sukar melafazkan cinta



Salam jumaat.. hari ini kita jadi jiwang sikit.. yerk.


Antara perempuan dengan lelaki siapa yang sukar melafazkan cinta..


Tetapi jangan salah faham pulak... bila cinta sudah dilafazkan ... peliharalah cinta itu ... jagalah cinta itu kerana sesungguhnya cinta itu sungguh suci dan murni... pendek citer.. jagalah kehormatan diri anda...


Janganlah sampai terjadi cinta yang terlarang.. cinta yang dilaknat.. sehingga benih-benih cinta yang terhasil itu dibuang.. tanpa ada rasa perikemanusiaan...


Seeloknya cinta itu diakhiri sehingga ke gerbang perkahwinan.. tetapi jika sudah tiada jodoh.. terimalah seadanya.. jangan sampai hendak membunuh diri pulak...


Sampai sekarang sakura masih mengingati kawan sekelas sakura yang bernama W.A. kerana dia lelaki pertama yang menunjukkan perasaan cintanya pada sakura tanpa mengharapkan sebarang balasan..


Pernah dia membantu sakura mencanting batik tanpa pengetahuan sakura... bila sakura sampai kat sekolah sakura tengok batik sakura dah siap dicanting... (masa tu sakura sampai lewat ke sekolah - hujung minggu la katakan...)


Terharu juga sekejap... kawan sekelas semuanya tahu... tetapi dia tidak pernah memaksa sakura... sebab masa tu.. sibuk belajar nak prepare SPM so bab pakwe..makwe ni sakura tak layan...


Akhirnya tamat SPM kami tak pernah berjumpa lagi... tapi dalam hati sakura walaupun berbelas tahun berlalu... sakura masih mengingati dia.. kerana keikhlasan yang pernah dia tunjuk pada sakura...akan sakura ingat sampai bila-bila....


Harap-harap W.A. bahagia sekarang.. dan menyintai isterinya sepenuh hati...Amin











6 comments:

zulkbo said...

salam..
moga ketemu
cinta sejati

Sakura said...

zulkbo: alhamdullillah sudah ketemu cinta sejati.. zulkbo pulak?

Ieqa Swetluv said...

erkk x paham la.. siapa sakura?? mana riz??hurmm~

aida said...

sakura...
kalau cerita pasal cinta..
ianya sangat rumit kan..

hehehe..
penah skali nina luahkan perasaan slpas 2 taun pendam perasaan.. hhuhuhu akhirnye kena riject.. hihihi
sedey woo....

tapi kami still berkawan.. hehehe....
ape22 pun.. semua jodoh.. ditangan tuhan kan.. huhu

Sakura said...

ieQa sWetLuv: He...He... biarlah rahsia

Sakura said...

Nina': betul tu.. kita hanya mampu merancang tuhan jua menentukan sakura berdoa semoga Nina' segera bertemu jodoh