Followers

12 April 2010

Mayat bayi dalam timbunan sampah

Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang..apa ler nak jadi ngan budak2 zaman sekarang...tak abis2 nak buat masalah...cuba2 ler bawa bertaubat..dah ler korang buat maksiat...lepas tue suka2 jer buang bayi yang tak berdosa.....



FAKTA: Apa yang perlu anda tahu mengenai pembuangan bayi
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Punca :
  • Kehamilan tidak diingini
  • Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Kesan :
  • Sudut Perubatan
    • Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
    • Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial.
  • Sudut psikologi dan sosial
    • Murung
    • Hilang keyakinan diri
    • Rasa bersalah
    • Resah atau gelisah
    • Masalah emosi dan hubungan interpersonal
  • Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
  • Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
Elakkan kehamilan jika anda belum:
  • Berkahwin
  • Bersedia membesarkan anak
  • Bersedia membina keluarga.

Semua agama utama di Malaysia:
  • Melarang seks sebelum kahwin
  • Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin:
  • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri.
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin.
  • Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin.
  • Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela.

Sekiranya anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
  • Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam.
  • Dapatkan bantuan jika anda hamil.
  • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat.

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan:
  • Terdapat pelbagai agensi yang boleh membantu anda.
  • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari:
  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka.
  • Kaunselor sekolah.
  • Guru sekolah.
  • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611:
  • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga.
  • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

16 comments:

aida said...

sangat sedey r ttg isu pembuangan bayi ni..

wat maksiat taw..haihh~

zoncapriku said...

Mmg xda perasaan lgsung la diorg ni..cam buang sampah jer..padahal darah daging sendiri...last2 org tau gak,buang la kat mana2 pun...sedih tul la...

lizz said...

tak faham aku ngan orang skrg ni.huhuhu.

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

rasa nak sepak je mak dia biar tertanggal roh dari badan...

ila-ali said...

semakin menjadi2 kes buang bayi ni. aku doakan si pembuang tu diburu sesal yang tak sudah dan bertaubat.

hans said...

sedih aku tgok pic tu
syaitan tul orang yg buat benda nih

ami auni n auji said...

tak abis2 kes buang bayi.. haishhh.. bawak2laa berkahwin.. dah muak aku dgr brote nih.. maunyer aku pancung mak2 yg buang anak camtue..

hukuman 20 tahun ek?? aku rasa hukuman mati mandatori lagi bagus kot.. membunuh dgn berencana.. huhu

Qaseh said...

riz,

akk ckp kat ammar...
kalau Ammar ngan kakak nakal x dengar ckp...boleh x ummi bungkus ammar pastu buang kat tong sampah????...
terus dia nangis......
aduhaiii.... apa pula perasaan baby ini......sungguh menusuk jiwa.....

rizputra7 said...

NiNa' :itu ler...diaorang nie bila buat maksiat suka jer...bila dah dapat anak..terus dibuang..kan dah ada 2 dosa..

rizputra7 said...

zoncapriku : betul2.diaorang cuma ada perasaan malu bila dah ada anak...sebab tue diaorang buang suka hati..perasaan malu kat tuhan diaorang buat2 macam tak malu pulak..pelik2

rizputra7 said...

lizz :aku lagi ler tak paham..

rizputra7 said...

PEJUANG KESENIAN EXTREME : ganas ko haha..ko tembak jer pakai senapang cat ko tue...

rizputra7 said...

ila-ali : yup...kasi jer hukuman mati...sebab dah membunuh nyawa manusia...

rizputra7 said...

qismina : itu ler...sepatutnya kes macam nie...kena hukuman mati sebab dah membunuh satu nyawa yang tak berdosa..

rizputra7 said...

hans : betul2

rizputra7 said...

Qaseh : kak qaseh boleh cakap macam tue kat amar ngan kakak..hehe..lepas nie mesti diaorang akan dengar cakap kak qaseh...budak mana yang tak seram kalu kena macam tue..