Followers

22 December 2009

Sesekali aku mengarut...


Lari.. lari.. lari. Jauh aku berlari. Sampai di sini. Kosong. Sunyi...

Sesat? Pusing balik !!

Lari.. lari.. lari dan berlari lagi. Jauhkah lagi? Di mana simpangnya?
Arghhh..!! Sepatutnya di sini.

Sesat Lagi? Lupa? Oh penatnya...

Dalam keliru Sang Suara berkata,
"Kenapa kau kemari?"

"Aku mencari simpang asal. Simpang keliru dahulu. Malangnya, aku jumpa keliru yang baru," jawabku.

"Hahaha... " Sang Suara ketawa.

"Keliru dahulu sudah lama mati, kenapa kau cari lagi? Sambungnya.

"Keliru dahulu telah menyesatkan aku. Aku mesti kembali ke simpang asal. Bukan ini haluan yang aku cari. Sunyi.. sunyi.. kosong.. sunyi. "

Sang Suara menghembus murka anginnya. Jatuh terguling aku. Aku cuba bangun. Seluruh tubuh terasa berat. Kaki aku kaku.

"Bukan salah keliru dahulu... tapi salah diri kamu. Haluan mana pun semuanya sama. Di pinggirnya penuh kosong dan sunyi. Salah kamu! Salah kamu..!!"

"Apa sebenarnya salah aku?"

"Kau berlari sambil menyumpah langit dan meludah bumi. Kau cipta impian tapi kau paksa arus sungai yang hanyutkan. Kendonglah sendiri! Itulah perisai untuk kau menepis kosong dan sunyi. Tak perlu kau berlari menyeksa diri, berjalanlah.. merangkaklah.. mengesutlah. Bergeraklah sebagai diri kamu sendiri..."

Aku terus diam..

14 comments:

imam said...

ape yang ko mengarut buat aku mencarut...

imHepPie said...

len kali bwak peta or kompas kan senang

joegrimjow said...

klu kene kat batang idung kuy pon ku diam je
better cam 2

melur said...

mmg mengarut..huhu

ieQa sWetLuv said...

tu la..kan da kate x baik main sumpah2.. pastu ludah sepah2.. salah sape skang ni?? huhu

faiq said...

terus je diam k.ehehe

sayu=pilu said...

huhuhu aku pun dah sesat di simpang lama...memang suih betul lo

ko sihat

Eyriqazz said...

kat mana dpt papan tanda tu.widget blah kiri tu annoying la..heheh..

http://eyriqazz.blogspot.com/

rizputra7 said...

imam : tak baik mencarut ler..haha ko tak paham ker imam??cerita baik punya tue..

imHepPie : terlupa nak bawa hehehe..

rizputra7 said...

joegrimjow : tahu tak apa...ko paham ler ye..apa yang aku tulis nie..hehehe

melur : tajuk dah terang2 tulis mengarut so memang mengarut ler..hehehe

rizputra7 said...

ieQa sWetLuv :errrr..salah siapa yer???salah diri sendiri kot??..hoho

faiq : yup kadang2 diam lebih bagus daripada bercakap banyak yang entah apa2...pikir2 ler..

rizputra7 said...

sayu=pilu : alamak..ko sesat ker???..ko sesat kat mana??nanti aku selamatkan ko...

Eyriqazz : ok..sudah buang bro..thanks bagitahu masalah nie...patut ler nak loading macam siput jer hehehe...

Anonymous said...

awal yang baik

rizputra7 said...

awal?...oh..awan ker?...thanks sudi singgah sini