Followers

01 June 2010

Israel kills Gaza activists on Turkish ship ( VIDEO & PHOTO )

BAITULMAQDIS – Sebanyak 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.

Kedua-dua belah pihak memberi kenyataan bercanggah berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian.

Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api.

Ketika kejadian, aktivis-aktivis itu sedang menuju ke Gaza bagi mengalih perhatian dunia terhadap sekatan laut selama tiga tahun yang dikuatkuasakan Israel selepas Hamas mengambil alih kuasa di wilayah berkenaan.

rakaman video menunjukkan keadaan huru-hara di atas kapal itu dengan aktivis-aktivis memakai jaket keselamatan berlari-lari di dalam kapal manakala sesetengahnya cuba membantu seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri di atas dek.

rakaman video turut menunjukkan sebuah helikopter Israel sedang berlegar di atas kapal itu dan beberapa kapal perang Israel yang berada berdekatan.

Kapal-kapal misi bantuan itu kemudian ditunda ke pelabuhan Ashdod di Israel manakala mangsa-mangsa cedera dibawa keluar dengan helikopter bagi menerima rawatan di hospital-hospital Israel.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai identiti mangsa yang terbunuh atau cedera mahupun keadaan beberapa individu berprofil tinggi di atas kapal-kapal tersebut termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara, beberapa wakil rakyat Eropah dan mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi oleh tentera Nazi, Hedy Epstein, 85.

Semua telefon satelit di atas kapal-kapal itu dimatikan dan komunikasi dengan sekumpulan kecil wartawan yang menyertai tentera Israel turut disekat.

Gerakan Membebaskan Gaza adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mendakwa sekatan terhadap Gaza tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – AP








11 comments:

GadisTerbilang said...

Xsanggop weyh nk tgk videO die ke ape. Israel mmg lahanat

Sakit ati aku

belalang hijau said...

bangsa celaka...

akuvision said...

Mohon perlindungan pada ALLAH, sesungguhnya doa mereka yang teraninaya itu makbul

ayaa alyy said...

byk cekadak je alsn dier. dh nma pengaman xkn diorg nk bling kayu kot. penipu!

Aidi-Safuan said...

siot ar diorang nih. padahal tuh nak hantar barang2 jer. hampeh tol israel

ieQa sWetLuv said...

Semoga Allah melidungi mereka yang tak bersalah.. aminn~

NiNa' said...

=(

s h e e said...

ya Allah...selamatkanlah pejuang2 islam ya Allah...berilah balasan yg setimpal pada bangsa israel yg kejam...amin...

sweeTSour said...

Israel sgt kejam...sampai hati dorg bunuh orang hidup2..eiii hanya org yg berhati batu je bole buat mcm ni..huhu

TTT said...

sob2 T_T
harap2 family diorang tabah
T_T

hidayah said...

hantu la diorang ni.. kalu dah jahat, jahat jugak... (sori kasar skit)