Followers

22 May 2010

Kerja pembinaan dihenti kerana angsa bertelur


BIRMINGHAM - Kerja-kerja pembinaan di sebuah bangunan komersial yang bernilai £100 juta (RM478.27 juta) terhenti kelmarin ekoran penemuan sarang angsa yang mempunyai tiga biji telur, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarang angsa itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan, Jake Fielding memberikan perlindungan 24 jam ke atas haiwan tersebut.

Pihak kontraktor bangunan berkenaan menghentikan kerja-kerja pembinaan di laluan pejalan kaki iaitu lokasi angsa itu bersarang.

"Angsa itu sudah berada di kawasan itu kira-kira tiga minggu lalu dan ia hidup dengan aman yang merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh kami.

"Namun, Fielding yang mengawal angsa itu melakukan tugas dengan baik kerana memastikan ia selamat," kata seorang jurucakap pihak kontraktor.

Dia berkata, pihak kontraktor berharap kerja-kerja pembinaan itu tidak ditangguhkan terlalu lama yang kini dihentikan bagi menunggu telur tersebut menetas. - Agensi


Riz : Kerja2 pembinaan blog DEEPFACE terpaksa dihentikan kerana kambing sudah kena jual la......heheheehe

9 comments:

ieQa sWetLuv said...

wahh pasni bela angsa pulak ler riz ekeke

chenta said...

dahsyat juga penangan angsa tu :P

hans said...

gila hebat angsa tu
orang berhenti buat kerja sebab dia
hahaha

meorazor said...

tabik same itu kontraktor..

ntah2 telur tu kuar ank itik yg hodoh.haha

rizputra7 said...

ieQa sWetLuv : hehe dalam perancangan tue..

rizputra7 said...

chenta : ituler...siap boleh stop projek yang juta2 sebab angsa nak bertelur

rizputra7 said...

hans :itu ler.hahahaha

rizputra7 said...

meorazor :aku tabik kat pengawal keselamatan kat situ pasal dia jaga angsa tue 24jam

Aftuz said...

patutla banyak projek tergendala.haha