Followers

17 April 2010

Ritual mandi bertapak


PESAN guru silat, jangan ditepuk susu di dulang, anak harimau tak dapat menyusu, janganlah pecah rahsia hulubalang, nanti harimau hilang kuku.

Pantun di atas jelas memperlihatkan betapa seni mempertahankan diri cukup kuat bersendikan adat dan berpayungkan agama.

Bagi penuntut baru, terdapat upacara tertentu yang harus mereka lalui sebelum ditauliahkan menjadi anak murid seni silat ini iaitu mandi bertapak...

ok...entry kali ini..aku nak cerita pasal ritual mandi bertapak yang pernah aku lalui semasa belajar seni silat gayong dan silat kuningan...mandi bertapak merupakan acara pertama yang harus ditempuhi oleh mereka yang ingin belajar silat.Setiap langkah dalam ritual ini merupakan simbolik kepada kesungguhan seseorang itu hendak mempelajari seni mempertahankan diri.

Bahan-bahan yang digunakan untuk ritual ini di samping doa, melambangkan intipati kehidupan yang harus penuntut lalui.Semua doa itu adalah berlandaskan ayat-ayat suci al-Quran yang diniatkan sebagai pendinding daripada gangguan syaitan.


Limau nipis, akar sintok, bertih beras, garam, asam jawa dan pisang emas tersusun dalam urutannya di dalam sebuah dulang.

"Limau nipis dan akar sintok adalah simbolik untuk membersihkan tubuh dan minda daripada sebarang kekotoran.

"Tindakan memotong atau lebih dikenali sebagai melukakan limau pula akan menterjemahkan sifat penuntut silat berkenaan.

"Ia bukan meramal tetapi lebih kepada pengalaman guru silat tersebut dalam membaca perilaku anak muridnya nanti.

Menyentuh mengenai bahan-bahan lain untuk upacara mandi bertapak, asam jawa, bertih, garam dan pisang emas akan dijamah oleh penuntut selepas upacara melukakan limau. Ia adalah simbolik kepada rencah kehidupan yang akan dilalui oleh mereka sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

Sebagai penyudah kepada ritual ini, penuntut dikehendaki mandi menggunakan air yang telah dicampur limau nipis. Menariknya, air mandian tersebut akan dicampur dengan air yang diambil dari kawasan air terjun.


Berbeza dengan Silat kuningan,bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu Limau nipis, akar sintok, bertih beras, garam, asam jawa dan pisang emas tersusun dalam urutannya di dalam sebuah dulang.sebelum seseorang itu ingin mempelajari seni silat kuningan,beliau perlu menghadap di hadapan tok guru..dihadapan tok guru,ada mangkuk yang berisi air,bunga2 dan akak sintok dan limau nipis..tok guru tersebut akan membaca ayat-ayat dan nama penuntut yang menghadap beliau..limau nipis dipotong dua dan diletak kedalam mangkuk berisi air tersebut..jika limau nipis tersebut tengelam,maka seseorang itu tidak layak mempelajari seni silat kuningan...dan jika limau nipis itu terapung,tok guru akan mengambil limau nipis tersebut dan memerah limau nipis itu ke dalam mata penuntut ilmu silat kuningan...(pedih giler,sampai keluar air mata aku)

Pelajar yang telah melalui ritual ini layak mempelajari seni mempertahankan diri itu iaitu bersilat dan bertempur dengan tangan kosong atau tanpa senjata.


4 comments:

hans said...

aku xpernah belajar silat
ada anak nak suruh belajar silat lah

NiNa' said...

x suke silat~

rizputra7 said...

hans : oh..bagus bro...

rizputra7 said...

NiNa' : ye ker..mesti suka gundam nie..hehehehe